Advokasi Check Your Label

29 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 28 Oktober 2018, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan Satu advokasi Check Your Label bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet RPR Permyjaya sendiri. Advokasi ini telah disertai oleh ahli-ahli pusat internet yang berumur dalam lingkungan 18 - 55 tahun.

Advokasi Check Your Label ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC yang sah. Label ini boleh didapati dan diperiksa di alat komunikasi tersebut di bahagian tetapan/setting. Selain itu, pelatih juga mendidik para peserta mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah Check Your Label atau dengan menggunakan laman web yang disediakan.

Pelatih turut berkongsi tentang keburukan menggunakan peralatan komunikasi yang tidak mengikut spesifikasi keselamatan MCMC yang membawa padah kepada diri dan sekeliling. Justeru, segala peralatan komunikasi yang tidak mempunyai label MCMC yang sah dan tidak tulen boleh menyebabkan kebakaran ketika proses mengecas, mudah rosak, tidak tahan lama dan sebagainya.

Kesimpulannya, melalui advokasi Check Your Label, para peserta menjadi lebih peka untuk menyemak peralatan komunikasi sekiranya mereka ingin membuat pembelian di masa hadapan bahawa pentingnya label MCMC yang sah dalam setiap peralatan komunikasi untuk tujuan keselamatan pengguna.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali